HomeMengenai KamiPerutusan Pengerusi...

Perutusan Pengarah/Pengerusi JKKP PPUM

 prof ikram

PERUTUSAN PENGERUSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN/ PENGARAH PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga staf PPUM/FPUM yang telah melayari Laman Portal OSH PPUM ini. Perkembangan isu-isu yang melibatkan keselamatan dan kesihatan di persekitaran tempat kerja telah mencetuskan idea dipihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam menyediakan portal OSH PPUM. Tujuan utama pembangunan laman portal ini adalah sebagai salah satu platfom informasi, perkongsian maklumat dan komunikasi antara staf dengan pihak PPUM. Salah satu ruangan yang disediakan melalui portal OSH ini adalah forum secara talianyang membolehkan semua lapisan warga staf PPUM/ FPUM membincangkan isu berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran di tempat kerja. Selaras dengan misi dan visi PPUM ke arah menjadi sebuah Pusat Perubatan bertaraf dunia, aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran yang melibatkan staf, pesakit dan orang awam amatlah dipandang serius terutama dalam aspek produktiviti, kualiti kerja dan kepuasan pelanggan yang melibatkan persekitaran yang berisiko tinggi agar terkawal dan terjamin selaras dengan pelaksanaan piawaian yang ditetapkan dan pematuhan kepada akta dan peraturan yang berkaitan. Pihak JKKP berharap warga staf PPUM/ FPUM dapat melayari portal OSH ini dengan penuh berinformasi bagi mempromosikan budaya kerja selamat di tempat kerja. Sebarang informasi/ maklumat untuk dikongsi bersama, warga PPUM/ PFUM amatlah dialu-alukan untuk mengemukakannya dan sokongan anda semua dalam perkembangan portal ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Profesor Dato’ Dr Ikram Shah b Ismail
Pengarah, Pusat Perubatan Universiti Malaya           

 
Free business joomla templates